Get it Delivered or Pick-Up for FREE!
Cart 0

Utusan Malaysia on the Chewy, Ooey, Gooey

Read Utusan Malaysia's write-up on Fat Sunday:

Nikmati Kelazatan Biskut Cip Coklat Sebenar

Tiada apa lebih membahagiakan selain menikmati biskut berinti coklat kala santai bersama keluarga, saudara-mara atau rakan rakan. Penggemar makanan ringan di luar sana pasti mengidamkan biskut coklat yang bukan sahaja sedap, malah boleh dimakan pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Syarikat pengeluar product makanan tempatan, Fat Sunday memahami kehendak penggemar makanan ringan. Justeru, syarikat itu telah menghasilkan Chocolate Chip Cookies dengan rasa yang cukup lazat.

Biscuit lembut ini merupakan produk yang baharu dipasarkan secara dalam talian, bermula Januari lalu dan sehingga kini menerima banyak permintaan daripada penggemar biskut cip coklat khususnya di sekitar Lembah Klang.

Pastinya, keenakan rasa biskut ini terhasil daripada gabungan bahan-bahan yang digunakan termasuk mentega, gula, telur, cup coklat, ekstrak vanila, serbuk penais, tepung and garam.

Oleh kerana dibakar dengan sempurna, biskut ini amat mudah dikunyah dan cair di dalam mulut. Pada masa yang sama, biskut ini kaya dengan rasa cip coklat yang akan membuat penggemar coklat berasa teruja.

Tampil dalam pek mudah dibawa ke mana sahaja. Chocolate Chip Cookies Fat Sunday ini boleh dinikmati pada bila bila masa, sama ada waktu bekerja, menonton wayang, minum petang atau dalam kenderaan ketika berdepan kesesakan lalu lintas.

Selaln itu, konsep penghantaran terus kepada pelanggan membolehkan biskit ini dinikmati segar.

Chocolate Chip Cookies Fat Sunday dijual para hard RM34 (360g). Mereka yang mengidam-idamkan kelazatannya boleh membuat tempahan terus menerusi laman Facebook dan Instagram.



Older Post Newer Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published